** Gambar ialah sekadar illustrasi. Laluan sebenar adalah sedikit berbeza dari lakaran ini.
DERMA UNTUK PEMBINAAN LALUAN PEJALAN KAKI BERBUMBUNG DARI PINTU MASUK UTAMA KE DEWAN TERBUKA SKSI
Terima kasih semua penyumbang. Sasaran RM20 ribu telah berjaya dicapai. Projek akan dimulakan dalam masa terdekat.
Antara permasalahan besar yang dihadapi oleh semua ibu bapa dan murid-murid SKSI ialah kesesakan yang melampau ketika hari hujan. Salah satu inisiatif PIBG dalam usaha menangani isu ini ialah dengan cadangan untuk membina laluan pejalan kaki berbumbung dari pintu utama hingga ke dewan terbuka SKSI. Pembinaan laluan pejalan kaki berbumbung ini adalah diharapkan dapat memberikan kemudahan dan keselesaan kepada murid-murid khasnya dan warga sekolah untuk bergerak keluar masuk dari pintu utama ke kawasan sekolah dengan lebih lancar terutamanya ketika hujan dan juga sewaktu panas terik.
Sehubungan itu, mesyuarat AJK PIBG Kali Keempat pada 1 Oktober 2020 telah membincangkan
berkenaan dengan kaedah untuk mengumpulkan dana untuk projek ini. Untuk makluman, cubaan untuk
mendapatkan peruntukan khusus untuk projek ini yang pernah diusahakan, tidak menunjukkan tanda-tanda positif
hingga kini. Oleh itu, kaedah lain perlu diusahakan agar projek dapat diteruskan dengan kadar segera.
Untuk makluman, AJK PIBG juga telah memutuskan untuk menyalurkan sebahagian dari sumbangan tahunan PIBG untuk tujuan ini. Perkara ini boleh dilakukan kerana beberapa program yang dirancang untuk kemenjadian murid tidak dapat dilaksanakan pada tahun ini mengambilkira situasi Covid 19.
Pun begitu, jumlah yang diperlukan yang dianggarkan sebanyak RM30000 masih belum mencukupi dari dana sumbangan tahunan PIBG. Oleh itu, pihak PIBG ingin membuka peluang kepada semua untuk beramal jariah dengan menambah sumbangan ikhlas untuk menampung kos pembinaan.
Laluan berbumbung yang dicadangkan adalah seperti lakaran di bawah.
Sasaran kutipan derma RM 20,000 telah dicapai.
Mari bersama menyumbang hanya dengan memberikan sedikit dari apa yang Allah telah rezekikan kepada kita.
Sesungguhnya, sedekah itu tidak akan mengurangi harta. Bahkan akan menambahkannya.
Ayuh kita infaqkan harta kita dengan ikhlas.
Semoga menjadi amal jariah berpanjangan selagi mana laluan ini digunakan.
Sumbangan boleh dimasukkan ke akaun seperti berikut:
Bank : Agrobank
Nama : PIBG Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar
No Akaun : 1000421000011263
Tolong letakkan rujukan " LaluanBumbung" untuk memudahkan pihak kami mengenalpasti dana.
Sebarang persoalan boleh berhubung terus dengan:
Dr Fakhizan (YDP PIBG) : 016-4478161
Puan Liza (NYDP PIBG): 010-4681557
Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau berterang-terangan, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka dan tiada kebimbangan (daripada berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.” (Surah al-Baqarah ayat 274).